Isnin, 28 Februari 2011

Kayaking!!!! =)

24 Jamuari 2011
Macm bese, mula2 kena la masuk kels teori dulu. Dah la masing2 zero pasl kayak ni,.Semangat ni!! Bapa kepada kayak moden ni namanya John MacGregor..Kalau anda smua nak taw, orang dulu2 buat kayak guna kayu je,,kal orang Eskimo pulak,gne kulit anjing laut je, sempoi kan??? ble dah masuk kelsa teori ni, baru la saya tau orang yang kat depan dipanggil sebagai bow, yang belakan dipanggil sebagai stern.. Belah kiri kayak dipanggil port side sebb kalu kita nk berhenti kat jeti, mesti belah kiri yang menghadap jet, belah kanan pulak star board side,, ad fore deck,ad beck deck, ad coaming.sit.. daaan yang paling penting mesti la kne ad paddle,,betul tak??kayak ni pulak, ada mcam2 jenis, sit inside, sit on top, slalom dan banyak lagi.. teori pasal kayak dah ad dah,,amali bila pulak ye???? tak sabar dah ni.. Tasik Shah Alam!!!! tunggu!! Kami datang!!!!!

Wahh!!! Orienteering tuuu =)

19 Januari 2011....
hari ini kelas orienteering. Bermula dengan kelas teori di makmal komputer 3. Kami diajar bagaimana untuk menggunakan kompas, macam mana nk baca peta guna kompas, ape dia control card,ape die control marker, macam mana nk set checkpoint dan banyak lagi...dah tak sabar rasenya nk mula ni..jom kita turun bawah.. Sebelum kelas ni,kami dah diamanahkan untu membwa kertas checkpoint sendiri. Kumpulan saya Wahh!!! namenye. Dianggotai oleh saya Shah,Afiq dan Jannah. Dalam masa setengah jam, kami dikehendaki set checkpoint dalam lingkungan maksimum 300 meter..preeeeet,ape lagi, berlari laaa msing2 nk cepat siap, lari punya lari,dah setengah jam,,xsiap2 jugak. Ble dah siap set, kami kene lukis peta pulak. walaupun kumpulan kami antara yang paling lambat siap set checkpoint, berkat ilmu geografi yang cikgu saya ajar du, kami group first yang siap lukis peta. Bila semua dah siap, masa untuk cari pulak,,bab cari ni senang je,, Tapi lepas tu ada laporan kami xletak bearing dengan distance kat checkponit 4.. ALAMAK!!!! akibatnya, group kami kene denda prepare untuk kelas kayak nanti,, NASIB2 =)

Ahad, 27 Februari 2011

Mesyuarat ke-3 yang Saya Hadiri =)

17 Januari 2011...
Pada malam ini, mesyuarat bernada lebih tegas kerana kem pun sudah menjelang tiba. Semua biro dikehedaki membuat pembentangan mengenai apa yang telah mereka lakukan setelah tugasan yang diberikan. Pemeriksaan alatan sama ada mencukupi ataupun tidak, peralatan keselamatan, kayak dan banyak lagi. Masih banyak perkara yang belum siap, maklumlah tiada pengalaman. Semua biro dikehendaki berhubung dengan senior untuk membantu mereka dalam persiapan menjelang kem ini..diharap, ada progress yang memberansamgkan ye para biro =)

Camp Site=)

12 Januari 2011....
Pada tarikh yang sama dengan kelas ikatan, kami trut diajar untuk menyediakan camp site. Basic pertama yang diajar kepada kami ialah mendirikan khemah. Mendirikan khemah itu agak mudah dilakukan kerana boleh dikatakan masing2 sudah ada pengalaman sendiri. Langkah yang seterusnya, mewndirikan khemah A-frame. Disinilah teknik ikatan kami akan diuji. Agak mencurah-curah lah jugak peluh keluar, first time la katekan. Last2, jadi jugak khemah ni walaupun ad mistake sana-sini,tp nampak mcm cun jek kan?? Selesai mendirikan khemah, En. Hisyam memberi sedikit taklimat dimana kelemahan kami semasa mendirikan khemah tersebut dan sedikit briefing mengenai kem kami nanti. =)

Knotting Again=)

12 Januari 2011...

Kali ini kelas kami diadakan di dataran kolej Kenanga. Sekali lagi, kami diajar dengan ikatan, tapi kali ini ikatan yang berbeza sperti butterfly, fisherman knot, figure of eight, manuk dan banyak lagi. Kami juga turut diajar tiga teknik ikatan bowline untuk memudahkan kami melakukan ikatan pada situasi tertentu. Ikatan-ikatan ini merupakan asas yang penting dalam sesuatu  perkhemahan. sebagai contoh, simpulan manuk dan juga butterfly adalah penting untuk mendirikan khemah A-frame. Kami juga sempat diberi pra ujian ikatan. Ada yang berjaya mengikut masa yang ditetapkan, ada juga yang gagal. Praktis lagi ye kawan2 =).

Sabtu, 26 Februari 2011

Mesyuarat ke-2

10 Januari 2011.,

Pada hari yang sama dengan kami belajar ikatan, malam itu, sekali lagi kami mengadakan mesyuarat. Pada kali ini, mesyuarat ini turut dihadiri oleh senior. Tujuan mereka datang adalah untuk membantu kami mengenai persiapan untuk kem rekreasi luar pada kali ini. Mereka memberitahu kami apa yang perlu kami lakukan. Semua biro diberi briefing untuk memastikan mereka membuat kerja dengn betul.mesyuarat pada malam itu tamat awal kerana masing-masing ada urusan yang perlu diselesaikan.

Kembali ke Kelas=)

10 Januari 2011....
Dengan bepakaian formal, kami melangkah memasuki Makmal Komputer 3 untuk meneruskan sesi pembelajaran bersama En. Hisyam. Kelihatan seperti seorang pegawai, dengan slumbernye kami mengeluarkan tali yang sudah dipesan oleh beliau untu belajar ikatan. Pada kelas pertama ini, kami diajar 3 ikatan iaitu sheet bend,reef knot dan juga bowline. Sheet bend dan reef knot tu agak mudah untuk dibuat, bila sampai kat bowline, teettttttttttttt,terkial-kial tangan nak menyimpul,ada yang simpul punya simpul, dengan muka confident nya tari tali tu, tak tersimpul plak,, terbuka balik.,macam style ada......

Mesyuarat Pertama =)

Pada tanggal 9 Januari 2011, bermula lah epik pengembaraan pelajar Diploma Pengajian Sukan merencanakan segala strategi untu melaksanakan misi Intro Camp dan Final Camp yang akan dijalankan serentak. Dengan Fareed dilantik sebagai pengarah program dibantu oleh Radzi,kami memulakan perbincangan. Banyak perkara yang pelu disiakn. Segala aktiviti pada malam mesyurat itu dicatat oleh Rafidah dan Marlizan yang bertindak sebagai Setiausaha. Saya dan juga Adli yang diberi kuasa sebagai Bendahari, diarahkan untuk mengutip RM200 bagi setiap pelajar bagi menampung pembiayaan sepanjang perkhemahan itu. Perkhemahan kali ini bakal menggabungkan pelajar dari kampus induk iaitu UiTM Shah Alam, kampus cawangan, UiTM Jengka, dan kolej bersekutu iaitu INSTEDT dan SHAHPUTRA dengan kekuatan seramai 223 orang pelajar.