Ahad, 9 Januari 2011

Pengalaman Berekreasi :)

Assalamualaikum.,
Pertama sekali, saya ingin menceritakan mengenai bagaimana saya mula mengenali dan terlibat dalam bidang rekreasi. Saya mula telibat dalam bidang rekreasi apabila menyertai Pengakap Kanak-Kanak pada zaman sekolah rendah. Saya telah menyertai beberapa perkhemahan yang dianjurkan sehinggalah saya dianugerahkan Rambu iaitu anugerah tertinggi bagi Pengakap Kanak-Kanak.


Seterusnya, saya juga pernah menyertai ekspedisi mendaki Gunung Datuk di Rembau yang dianjurkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Daerah Tampin.Ianya diadakan pada 31 Disember 2007 hingga 1 Januari 2008 dan disertai lebih kurang 60 orang peserta. Ini merupakan kenangan manis bagi saya kerana ini merupakan pengalaman mendaki yang pertama saya dan semangat ingin tahu itu menjadikan saya sebagai peseta pertama yang sampai ke puncak Gunung Datuk.
Ini merupakan puncak Gunung Datuk. Dari puncak gunung ini, kita dapat melihat
 pelbagai keindahan dan juga kawasan Rembau.
Pemandangan dari puncak Gunung Datuk.

Kesan tapak kaki di atas puncak Gunung Datuk yang
dikatakan tapak kaki Hang Tuah.

Bagi sesiapa yang belum pernah singgah dan mendaki Gunung Datuk, anda digalakkan untuk mencuba untuk merasai pengalaman yang pernah saya lalui dan saya pasti anda tidak akan menyesal..
Selamat Mencuba!!!!

Tiada ulasan: